Apa Itu Hepatitis?
1. HEPATITIS bermakna keradangan pada hati
2. Penyakit senyap kerana pesakit yang dijangkiti hepatitis C ini
mungkin tidak akan menunjukkan sebarang tanda
penyakit pada peringkat awal
FOKUS PADA HEPATITIS C:
Terdapat beberapa genotip untuk virus hepatitis C:
• Genotip berlainan, jangkamasa rawatan pun berlainan
• Genotip 1, 4, 5, 6-1 tahun/48 minggu
• Genotip 2, 3-6 bulan/24 minggu
Perkembangan Penyakit:
• Kerosakan hati berlaku secara berperingkat, selalunya sangat perlahan
• Kebanyakan pesakit mengambil lebih kurang 10 tahun untuk berkembang dari satu peringkat ke peringkat seterusnya
• Terdapat 4 peringkat pembentukan parut tisu:
a) Peringkat 1 (Ringan)
- Keradangan pada hati, parut tisu
mula terbentuk
- Parut tisu ini tidak akan menjejaskan
fungsi hati
b)Peringkat 2 dan 3 (Sederhana dan Teruk)
- Semakin banyak tisu hati rosak &
parut-parut tisu semakin bertambah
- Pada peringkat ini, hati masih boleh
menjalankan fungsinya
c)Peringkat 4 (Sirosis)
- Kebanyakan tisu hati telah diganti
dengan parut tisu
- Komplikasi hati berlaku: jaundis, asites
(pengumpulan cecair di dalam ruang peritoneal),
pendarahan pada varices, HCC (barah hati).
Hati kemungkinan akan berhenti menjalankan
fungsinya
VIRUS HEPATITIS
1. Beberapa jenis virus:
A, B, C, D, E
Radang hati & kesihatan
badan terganggu
2. Virus hepatitis C:
- Beberapa bentuk (genotip): 1,2,3,4,5,6
- Mempengaruhi tempoh rawatan
* Mungkin berbeza bagi setiap individu
Tiada vaksin untuk
mencegah hepatitis C
Penularan/Transmisi
- Tersebar melalui transfusi darah
(sebelum tahun 1994), pemindahan
organ, tercucuk jarum, bertatu,
berkongsi peralatan tajam (contohnya
pencukur, berus gigi)
- Hubungan seks yang tidak
dilindungi/hubungan seks yang
berisiko tinggi, daripada ibu kepada
anak (risiko jangkitan adalah rendah),
hemodialisis
Penularan (Transmisi) Hepatitis
• Transfusi darah
• Pemindahan organ
• Bertindik, bertatu, akupuntur
• Berkongsi peralatan tajam
(berus gigi, pencukur dll.)
• Berkongsi jarum/peralatan
pergigian yang tidak steril
• Hubungan seks yang tidak
dilindungi/hubungan seks yang
berisiko tinggi (kemungkinan
menyebabkan pendarahan)
• Melalui ibu hamil kepada anak
• Hemodialisis jangka panjang
Langkah Mencegah Jangkitan
- Tidak menderma darah/organ kerana ia mungkin mengandungi virus hepatitis C
- Menutup/membalut luka yang berdarah
- Menggunakan kondom semasa hubungan seks
- Memberitahu orang yang berkemungkinan menyentuh darah/bendalir badan anda (contohnya: doktor)
- Tidak berkongsi jarum atau alat dandanan diri (pencukur)
- Tidak menderma darah dan organ
- Elakkan menyentuh darah yang dijangkiti virus (balut luka yang terbuka dan rawat luka itu sendiri)
- Bersihkan sendiri kawasan yang terkena darah anda (jika boleh)
- Beritahu orang yang berkemungkinan menyentuh darah/cecair badan anda
- Mengamalkan hubungan seks yang dilindungi (contoh: menggunakan kondom)
- Tidak berkongsi jarum atau alat dandanan diri (contoh: pencukur dan berus gigi)
Ujian Makmal
• Terdapat banyak ujian darah dan pemeriksaan fizikal yang
perlu dilaksanakan sebelum memulakan rawatan anda
• Untuk mengesahkan diagnosis hepatitis C:
- Kehadiran anti–HCV (antibodi yang dihasilkan oleh badan
bagi menentang HCV)
- HCV RNA (kuantiti virus)
- Genotip virus
• Sesetengah ujian imbasan (ultrasound/fibroscan) perlu dijalankan bagi menentukan
status kerosakan hati anda
• Ujian darah dapat membantu dalam menentukan kesesuaian rawatan
Sebelum Memulakan Rawatan
• Pemeriksaan fizikal
• Ujian saringan:
- Anti–HCV (antibodi)
• Ujian pengesahan:
- Kehadiran virus (HCV RNA)
- Kuantiti virus
- Penentuan genotip virus
• Lain-lain ujian
(cth. jangkitan hepatitis jenis lain, ujian fungsi
hati, ujian fungsi thyroid, penyakit autoimun,
ujian fungsi buah pinggang dan lain-lain)
• Biopsi hati, ultrasound, fibroscan dan lain-lain
Apa yang boleh dilakukan untuk
membantu diri anda?
• Anda digalakkan untuk mengambil makanan seimbang
• Senaman ringan yang berkala adalah digalakkan
• Elakkan daripada pengambilan minuman keras, merokok,
ubat tradisional yang tidak dapat dikenal pasti
- Ini mungkin mempercepatkan kadar kerosakan hati anda
Rawatan Hepatitis C
• Pegawai Perubatan akan menentukan rawatan
mengikut kesesuaian individu
• Rawatan untuk hepatitis C:
- Suntikan (setiap minggu)
- Ubat makan (dua kali sehari, selepas makan)
• Ubat makan yang lain masih dalam fasa percubaan, mungkin lebih banyak pilihan
rawatan pada masa akan datang
Rawatan ditentukan berdasarkan beberapa faktor (kesesuaian):
• Penyakit lain
• Kuantiti virus
• Keadaan hati
• Kesungguhan pesakit terhadap rawatan
(cth. patuh terhadap pengambilan ubat- ubatan)
Rawatan selama 24 / 48 / 72
minggu
Sasaran Rawatan
• Menyingkirkan virus untuk mengelakkan komplikasi
pada hati (pendarahan varices, asites, barah hati) dan kematian
• Meningkatkan kualiti hidup anda
Mengapa rawatan diperlukan?
• Mencegah komplikasi pada hati dan kematian
dengan mencapai sustained virological response
(SVR) (penyingkiran virus)
• Meningkatkan kualiti hidup anda
Apa yang anda perlu tahu semasa
rawatan?
• Tekankan kepentingan KEPATUHAN!
• Hadir pada setiap temu janji dan pengambilan darah
seperti yang dijadualkan
• Catatkan soalan dan bersikap jujur kepada Pegawai Perubatan/Pegawai
Farmasi/Penolong Pegawai Perubatan/Jururawat
• Tidak dibenarkan hamil semasa tempoh rawatan dan sehingga 6 bulan selepas
tamat rawatan
RAWATAN
• Pemeriksaan dan temujanji yang
kerap
• Jadual temu janji sesuai
dengan cara hidup selepas
berbincang dengan pengamal
perubatan
• Catatkan soalan dan dapatkan
penjelasan daripada pengamal
perubatan
• Bersikap terbuka dan jujur
• Tidak dibenarkan hamil dan guna
alat pencegah kehamilan
PENGAMAL PERUBATAN
Kenali:
• Doktor, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat
• Ambil nombor telefon hospital/
klinik





