HIV

HIV/AIDS DAN RAWATAN

APA ITU HIV

Adalah sejenis virus yang menyebabkan penyakit AIDS,  Human Immunodeficiency Virus atau lebih sinonim dengan HIV boleh berjangkit melalui darah, air manidan cecair vagina. Bertindak dengan cara menyerang dan memusnahkan sistem pertahanan tubuh.

APA ITU AIDS

AIDS ialah sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS). AIDS berlaku bila orang yang dijangkiti HIV akibat sistem pertahanan badan yang lemah. Seorang yang ada AIDS boleh mendapat jangkitan penyakit radang paru-paru, penyakit TB, candidiasis, penyakit barah tertentu dan kayap.


PERBEZAAN HIV DAN AIDS

HIV
AIDS
HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS (HIV)
ACQUIRED IMMUNODEFICIENCY SYNDROME (AIDS)
Hiv adalah sejenis virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS
AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV



BAGAIMANA JANGKITAN HIV/AIDS BERLAKU

Sel CD4 atau  askar yang membentuk sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan penyakit. HIv menyerang dan memusnahkan sel CD4. Akibatnya tubuh tidak mampu lagi untuk melawan jangkitan penyakita walaupun yang lemah (AIDS).


BAGAIMANA TRANSMISI JANGKITAN BOLEH BERLAKU

Transmisi jangkitan boleh berlaku jika bendalir badan (darah, air mani, dan susu ibu) telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku dikalangan penagih dadah atau pada mereka yang berkongsi jarum suntikan, mengamalkan seks bebas, biseksual, melakukan seks rambang tanpa perlindungan dan permindahan darah atau organ


HIV tidak boleh berjangkit melalui :
  • Berjabat tangan
  • Berpelukan
  • Bersosial bersama pesakit HIV
  • Berkongsi tempat awam seperti tandas
  • Gigitan nyamuk
  • Bekerja
  • Berkongsi peralatan makanan
  • Belajar


TANDA-TANDA JANGKITAN HIV

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6  minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
demam
sakit tekak dan batuk
sakit otot
sakit kepala
cirit-birit
bengkak kelenjar limfa
letih
ruam
sakit sendi
turun berat badan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV  positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia  boleh merebak dan menjangkiti orang lain.


BAGAIMANA HIV DIKESAN

HIV dikesan melalui ujian darah. Pengesanan antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Ujian pengesahan akan dilakukan jika keputusan ujian pertama adalah positif.


RAWATAN HIV

  • Tiada ubat atau vaksin untuk sembuh.
  • Ubat antireroviral (ARV) adalah untuk menahan HIV dari erus merebak.
  • Sokongan kaunseling supaya pesakit HIV menjalani kehidupan dengan lebih positif 
  • Mencegah jangkitan oportunistik (ubat antibiotik, mengamalkan kebersihan diri, bersenam dan menjalani kehidupan sihat)











SENARAI KAWASAN

1